TAJUK: BAGAIMANA MENGURUS HIDUP
SELEPAS COVID19
“Dukacita
dimaklumkan saudara telah diberhentikan kerja.”
Dialog
ini pasti ada di lalui oleh insan terpilih. Perasaan resah tentang duit tak
boleh dipisahkan. Duit alat terpenting untuk di gunakan dalam kehidupan. Memang
tak boleh kita nafikan kata-kata yang sangat popular ini.
“Duit tak boleh di bawa mati.
Namun tiada duit rasa nak mati.”
Bagaimana kita mahu teruskan
kehidupan selepas Covid19?
Ada
beberapa kaedah boleh kita lakukan. Jalannya adalah mulakan perniagaan.
Perniagaan atas talian dan berniaga dari rumah.
1.
Perniagaan
atas talian.
Perkara
penting kita kena ingat adalah niat kita. Pengetahuan juga penting untuk
bermula. Minat boleh di bentuk kemudian. Perkara utama usaha dahulu mendapatkan
duit. Malu buang jauh-jauh. Bila ada ilmu kita boleh elakkan diri dari ditipu
oleh orang yang kita tak kenal. Perniagaan atas talian kita berurusan dengan
orang yang kita tidak kenal. Lebih kepada dasar percaya dan mempercayai. Kita
boleh pilih untuk belajar ilmu percuma mahupun berbayar.
Kelebihan
perniagaan atas talian antaranya tidak perlu keluar modal. Modal perniagaan
atas talian adalah HP yang berdata. Modal sebenar adalah komitmen diri untuk
terus buat dan buat. Contohnya dengan menjadi agen, affiliate atau dropship
bagi perkhidmatan tertentu atau produk tertentu. Bahasa mudahnya. Kita buat
sales. Ada sales kita di bayar komisen oleh perniaga tersebut.
Izinkan
saya kongsi pengetahuan. Untuk perniagaan atas talian. Saya sarankan pembaca
carilah pemimpin bisnes yang tidak fokus kepada keuntungan semata-mata. Cari
pemimpin yang turut menurunkan ilmu perniagaan.
Untuk
mencari cara memulakan perniagaan atas talian. Saya nak kongsi dua contoh.
A) Saya kongsikan antara platform terbaik menjadi
dropsip atau affiliate dengan sertai Tuan Khairul Hakimin. Mengapa beliau saya
beri contoh?
Konsep
beliau mudah sangat. Beli mana-mana produk beliau. Anda layak menjadi affiliate
beliau dan layak untuk menjual seluruh produk beliau. Maka saya melihat kepada
tawaran produk yang banyak. Maka komisen pasti banyak bagi yang sungguh-sungguh
ambil peluang dengan terus buat. Beliau sediakan produk, uruskan penghantaran
produk. Tugas affiliate cuma cari sales.
Tuan
Khairul Hakimin juga seorang yang mahir dalam copy writing ayat meletup dan leleh di media sosial juga. Menjadi affiliate beliau cuma tiru sahaja copy writing. Tak perlu susah nak perah
idea menulis.
Bila
anda menjadi affiliate kepada beliau.
Sedikit sebanyak tempias ilmu berbayar beliau anda dapat percuma.
Adakah
saya pernah mendapat pulangan di saat menjadi affiliate beliau?
Ya,
saya dapat komisen. Cukup bulan komisen tersebut di masukkan ke akaun bank
saya. Saya dapat sebab saya berjaya menarik pelanggan di media sosial beli
melalui link sistem affiliate saya. Kelebihan bisnes ada sistem ini. Kita boleh
semak link kita sendiri. Berapa trafik orang lihat website kita. Berapa komisen yang berjaya di rekodkan sistem. Usah
bimbang semuanya di beritahu setelah sertai beliau. Perlu pada rajin untuk
membaca.
B) Menyediakan
perkhidmatan secara bebas ikut kepakaran anda.
Contoh
anda bekerja sektor kewangan. Anda di berhentikan. Sayang jika anda tidak
gunakan kepakaran anda. Selama ini anda terbiasa menerima gaji. Anda boleh
mencari ilmu untuk bergerak sendiri dengan menyediakan perkhidmatan bajet
sesuatu projek. Apa yang penting jangan malu untuk belajar kembali. Memang ada
pihak yang menyediakan ruang untuk anda melihat potensi pengalaman anda boleh
pergi lebih jauh. Malah boleh menghasilkan pendapatan lebih banyak dari pasif
gaji bulanan anda. Anda kena carilah asas ilmu mahu bergerak sendirian. Tujuan
supaya orang lain tak ambil kesempatan pada kepakaran anda.
2.
Perniagaan
dari rumah.
Kita
kecilkan fokus dengan berniaga produk siap dari rumah. Contoh berniaga makanan.
Paling penting kita kena ada juga ilmu. Hati kena kuat. Malu kena buang
jauh-jauh. Ya! Niat itu perkara utama yang perlu kita utamakan.
Jika
berniaga makanan. Kita masak seperti kita nak makan. Sedap di anak tekak kita.
Sedap tu sampai pelanggan yang makan pun rasa sedapnya sampai tercerita pada
jiran-jiran.
Kita
buatlah Bihun Goreng. Kemahiran memasak Bihun Goreng kita itu adalah satu ilmu
yang kita tidak sedarpun. Kebetulan memang kita sangat mahir menggoreng Bihun
hingga kita mendapat pujian dari pasangan dan anak-anak.
Kenapa
saya beri contoh Bihun Goreng tidak kuih-muih tradisional mahupun moden?
Faktor
lebih jimat masa. Kurang penat. Keuntungan lebih besar dari menjual kuih-muih
tradisional. Kuih moden seperti kek kos pembuatan lebih tinggi modal.
Masalah
nak berniaga timbul sebab kita bukan pernah berniaga. Kita kena buang sifat
malu demi mencari duit. Kita manfaatkan HP di tangan. Jika kita ada group wasap
taman. Kita tinggalkan pesanan begini;
“ Kami suami isteri hilang pekerjaan.
Kami cadang nak berniaga Bihun Goreng RM 1.00. Kami cadang buat 30 bungkus
dahulu. Kami berniaga di depan rumah kami no....... Mohon jasa baik jiran-jiran
datang membeli. Kami sekeluarga doakan rezeki jiran-jiran dilimpah gandakan
oleh Allah. Aaamin.”
Lagi
bagus kita sertakan gambar contoh rupa Bihun Goreng RM 1.00 kita. Secara tidak
langsung jiran dah nampak rupa persembahan Bihun Goreng kita.
InsyaAllah
yakinlah! Ada jiran yang datang membeli. Pastikan kita masak macam nak bagi
keluarga kita makan. Sedap yang boleh bikin bergaduh anak beranak sebab tak
cukup. Begitulah jiran akan bercerita tentang kesedapan Bihun Goreng kita
kepada tetangga yang lain. Maka kita boleh naikkan kuantiti bungkusan lagi. Pasti
ada permintaan dari jiran-jiran untuk kita menjual Nasi Lemak dan pelbagaikan
menu kita. Apa yang penting kualiti masakan harus sama dan jangan fokus kepada
keuntungan semata-mata. Andai gerai kita semakin ramai pelanggan. Kita boleh
buka peluang kepada suri rumah untuk letak kuih muih.
Kesimpulannya
semuanya bergantung kepada niat dan usaha kita. Covid19 Cuma asbab kita hilang
kerja. Mahu menangis air mata darah pun, kita tak boleh undur waktu ke
belakang. Masa terus berjalan. Pilihan kita ada terus berusaha untuk mengisi
perut ahli keluarga kita. Lebih baik kita berusaha dari terus-terusan
menyalahkan punca kewujudan Covid19. Hakikat kehidupan Covid19 juga adalah
rezeki dari Tuhan berbentuk musibah untuk kita renungkan ke dalam diri sendiri.
Kita cuma mencari hikmah dengan apa yang terjadi pasti ada kebaikan kepada
kehidupan kita. Benda dah jadi mahu tak mahu kena sabar dan terus usaha.
Di tulis oleh : Nurul Bazliah binti Masri